Honda Racing Corporation

Honda Racing Corporation (HRC) merupakan salah satu bahagian dalam syarikat Honda Motor Company yang ditubuhkan pada 1982.[1] Syarikat ini menggabungkan penyertaan dalam perlumbaan motosikal di seluruh dunia dengan penghasilan mesin perlumbaan berpotensi tinggi. Aktiviti perlumbaannya merupakan sumber utama penghasilan teknologi terkini yang digunakan dalam pembangunan motosikal Honda.